fbpx

Kertas siasatan kes rogol penceramah bebas diserah kepada pendakwa raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kertas siasatan berhubung kes penceramah bebas yang didakwa merogol seorang remaja perempuan bawah umur sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kertas siasatan dirujuk untuk penelitian sebelum menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“Kita (polis) sudah serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk semakan dan kita tunggu arahan seterusnya,” ujarnya ringkas hari ini.

Terdahulu, Azmi berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu diserahkan kepada Kontinjen Perak selepas tempoh remannya tamat pada 27 Julai lalu yang mana siasatan kes dilakukan Polis Kuala Lumpur.

Sebagai rekod, penceramah bebas tersebut ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Selangor pada 18 Julai lalu.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI