fbpx

Hujan lebat di 5 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat serta ribut petir di lima negeri menjelang malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook tadi memaklumkan antara kawasan yang terlibat adalah negeri Kedah melibatkan daerah Baling dan Kulim.

“Di Perak, cuaca buruk yang sama dilihat tertumpu bagi daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar.

“Hujan lebat serta ribut petir turut berlaku di negeri Kelantan melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, cuaca yang sama dijangka melanda negeri Pahang termasuk Bentong, Temerloh dan Bera.

Di Sarawak pula, kawasan yang terlibat adalah Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) serta daerah Limbang.

Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI