fbpx

Remaja ditahan pukul lelaki tegur kencing tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diberkas polis selepas disyaki memukul seorang lelaki di bawah flat Batu Nyaman, Bayan Lepas di sini semalam. FB IPD BARAT DAYA

BALIK PULAU – Seorang remaja lelaki ditahan angkara disyaki memukul seorang lelaki selepas berang ditegur kencing di laluan keluar Flat Bayu Nyaman di Kampung Masjid, Bayan Lepas di sini semalam.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Barat Daya, suspek berusia 19 tahun telah memukul mangsa dengan menggunakan sebatang kayu sepanjang 0.4 meter.

“Hasil soal siasat mendapati mangsa telah menegur suspek kerana membuang air kecil berhampiran kon yang diletakkan di kawasan jalan keluar flat dan dia meminta suspek menyiram air di kawasan tersebut sebelum suspek beredar.

”Beberapa minit kemudian suspek datang dan terus memukul mangsa dengan sebatang kayu.

“Mangsa telah mengalami kecederaan luka dan berdarah pada bahagian kepala sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Dalam perkembangan lain, seramai 17 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Barat Daya kerana disyaki terlibat dalam kesalahan dadah.

”Kesemua tangkapan ditahan di sekitar kawasan Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung dengan bantuan anggota dari balai-balai yang terlibat.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai dan merampas dadah disyaki jenis heroin, syabu, ganja dan cecair mitragynine,”katanya.

Tambahnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati enam daripada tangkapan didapati positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI