fbpx
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin. /FOTO Selangor Royal Office

Sultan Selangor titah perbaharui azam jadi lebih kreatif, berinovasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam memperbaharui azam untuk menjadi lebih kreatif dan berinovasi dalam menghadapi dunia yang kian mencabar.

Baginda bertitah, ia terutama ketika negara kini dilanda pelbagai ujian seperti wabak penyakit dan bencana alam.

“Ini demi memastikan rakyat dapat terus menjalani kehidupan seperti biasa dan kebajikan mereka tetap terjaga.

“Mengambil semangat tahun baharu, ia peluang terbaik menanam semangat untuk berubah dan memperbaiki diri kepada lebih baik sama ada individu, keluarga, jabatan, masyarakat mahu pun negara,” titah baginda menerusi kenyataan Istana Alam Shah, malam ini.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan sambutan Awal Muharram 1444 Hijrah kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Titah baginda, Allah S.W.T. memerintahkan manusia untuk berusaha mengubah nasib diri sendiri berdasarkan
firmannya di dalam Surau al-Ra’d.

“Dalam konteks umat Islam pada masa ini, ‘hijrah’ kali ini diharap menjadi titik perpindahan untuk meninggalkan segala sifat buruk (mazmumah) kepada sifat terpuji dengan meninggalkan perbuatan keji dan maksiat,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, sabda Rasulullah S.A.W. turut membawa maksud bahawa Muslim itu adalah orang yang menjadikan Muslim lain selamat daripada lisan dan tangannya. -KOSMO!ONLINE

POPULAR