fbpx

Pemerintah Indonesia akan biayai kos rawatan cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas lapangan terbang Indonesia membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan cacar monyet dalam kalangan pelancong asing. - Getty Images

JAKARTA – Pemangku Pengarah Pengawasan Kesihatan dan Kuarantin Kementerian Kesihatan Indonesia,  Endang Budi Hastuti memaklumkan bahawa pemerintah sedang menyediakan rang undang-undang berhubung pembiayaan rawatan cacar monyet.

Beliau berkata,rang  undang-undang itu digubal bagi memastikan perbelanjaan perubatan cacar monyet  ditanggung sepenuhnya oleh pemerintah.

“Ketika  ini, peraturan pembiayaan sedang dibincangkan agar sekiranya ada kes cacar monyet yang dikesan di Indonesia, kos rawatannya ditanggung oleh pemerintah,” kata Endang.

Endang berkata, kos rawatan penyakit itu boleh ditanggung sepenuhnya oleh pemerintah kerana ia merupakan penyakit berjangkit yang baru muncul atau menyerang populasi.

“Penyakit berjangkit yang baru muncul memang ditanggung pemerintah sekiranya penyakit itu termasuk dalam senarai berkenaan, justeru, pemerintah akan memberi rawatan,” kata Endang.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Syahril menambah, selain pembiayaan daripada pemerintah  cacar monyet boleh dimasukkan dalam senarai rawatan yang dilindungi Pentadbiran Keselamatan Sosial (BPJS).

Setakat ini, penyakit cacar monyet belum lagi dikesan di Indonesia selepas sembilan orang yang disyaki terkena cacar monyet dinyatakan negatif selepas melalui ujian makmal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI