fbpx

Kerajaan dipilih tidak berkuasa kerana lompat parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan ‘acara’ lompat parti menyebabkan kerajaan dipilih rakyat tidak lagi berkuasa.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya mengemukakan usul berkaitan lompat parti supaya dapat dibahas dan membuat keputusan di Dewan Rakyat.

“Pindaan ini bukan sahaja untuk parti lawan pada hari ini sahaja tetapi untuk parti yang menang pada masa hadapan,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, adakalanya tindakan bertukar parti tersebut diperlukan kerana di dalam pilihan raya tiada satu parti yang dapat meraih lebih 50 peratus kerusi untuk mendirikan kerajaan.

“Sekarang ini pun parti kurang daripada 50 peratus, dalam keadaan itu, sekiranya ditubuhkan ia akan menjadi kerajaan minoriti dan dewan boleh menjatuhkan kerajaan tersebut dengan hanya melakukan undi tidak percaya kepada parti terbabit untuk menjadi kerajaan.

“Kita boleh adakan pilihan raya sekali lagi namun ia tidak dapat menentukan sebab itu perlunya lompatan parti dibenarkan supaya mempunyai cukup ahli untuk menjadi kerajaan dengan majoriti,” jelasnya.

Tambahnya, beliau percaya sekiranya tindakan bertukar parti itu dilakukan oleh seluruh ahli parti ke parti yang tidak mencukupi dengan syarat ia dilakukan dengan persetujuan dan undang-undang parti.

“Saya percaya, kalau dengan itu akan terdapat majoriti dan lompatan itu tidak membawa kehilangan kerusi, tiada tindakan untuk melucutkan jawatan sebagai wakil rakyat dilakukan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI