fbpx

Hotel musnah selepas terbakar buat kali keenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dalam operasi memadam kebakaran sebuah hotel di alor setar awal pagi ini.

ALOR SETAR – Sebuah hotel di Limbong Kapal di sini musnah dalam kebakaran dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi tadi.

Difahamkan, ia merupakan kebakaran kali keenam dilaporkan membabitkan hotel tersebut.

Kejadian sebelum ini berlaku pada semalam apabila sebuah bilik hotel itu terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 2.26 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati bangunan hotel dua tingkat kelas C itu terbakar dengan api marak.

“Operasi memadam kebakaran yang melibatkan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, BBP Jalan Raja serta pasukan bomba sukarela di kawasan berhampiran itu tamat kira-kira pukul 3.58 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kemusnahan akibat kebakaran itu dianggarkan sebanyak 90 peratus.

Sementara itu, sumber memaklumkan bahawa hotel itu sudah terbakar lebih lima kali sebelum ini namun semuanya tidak melibatkan kemusnahan serius seperti yang berlaku pada awal pagi ini.

Sebuah bilik di hotel berkenaan turut terbakar kira-kira pukul 8.14 pagi semalam namun hanya melibatkan kemusnahan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan bangunan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI