fbpx
ISTAF sedang berusaha keras untuk memastikan sepak takraw mendapat pengiktirafan IOC dan dipertandingkan di pentas Olimpik.

Tempoh 12 bulan ‘pujuk’ IOC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUKAN sepak takraw harus mendapatkan pengiktirafan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi membolehkan ia dipertandingkan dalam temasya Sukan Olimpik pada masa akan datang.

Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader berkata, banyak usaha sedang dijalankan ketika ini bagi membolehkan sepak takraw dilabelkan sebagai sukan diiktiraf.

Beliau turut memberikan jaminan untuk cuba mendapatkan pengiktirafan itu dalam tempoh 12 bulan memandangkan banyak kerja sudah dijalankan dan ia akan membuka ruang untuk sepak takraw dipertandingkan di Olimpik.

“Saya sudah terlibat untuk membawa sepak takraw ke Sukan Olimpik hampir 20 tahun dan kamu semua tahu ia bukan perkara mudah. Syarat pertama adalah untuk memastikan supaya IOC dapat mengiktiraf sukan ini.

“Sebaik sahaja diiktiraf, barulah kita boleh masukkan sukan ini (ke Olimpik) sebagai demo atau secara terus. Saya berpendapat, sepak takraw akan diiktiraf dalam masa terdekat, mungkin dalam tempoh kurang 12 bulan,” katanya.

Terdahulu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyatakan kesediannya untuk terus memberikan sokongan bagi memastikan sepak takraw dapat dipertandingkan di Olimpik.

Sementara itu, Halim juga mengharapkan bantuan daripada Mohamad Norza yang merupakan Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) zon Asia bagi memastikan negara-negara Asia lain menyokong sepak takraw dibawa ke Olimpik.

“Kita memiliki Tan Sri Norza sebagai Naib Presiden OCA dan beliau boleh memainkan peranan bagi mendapatkan sokongan 40 atau 50 negara untuk bersama kita. Tanpa beliau, memang sukar untuk kita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN