fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa Sarawak dan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah pada petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, Sarawak melibatkan Limbang manakala, Sabah di kawasan pedalaman (Sipitang dan Beaufort), pantai barat (Papar), Sandakan dan Kudat (Pitas) sehingga pukul 5 petang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya pada hantaran Facebook. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI