fbpx

Ranveer Singh digelar paling seksi sebab berbogel?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANVEER SINGH

PEMINAT aktor tampan Ranveer Singh terkejut selepas menyaksikan aksi beraninya ketika menjayakan sebuah sesi fotografi untuk sebuah majalah dalam keadaan bogel.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh seorang wartawan terkenal dalam Instagram, @viralbhayani pelakon berusia 37 tahun itu dilihat mempamerkan gaya tanpa seurat benang di tubuhnya.

Difahamkan konsep bogel yang dilakukan itu telah terinspirasi daripada sebuah sesi fotografi melibatkan bintang terkenal Hollywood, Burt Reynold yang dilakukan pada 1972 untuk majalah Cosmopolitan.

Para peminat suami kepada aktres Deepika Padukone itu ternyata terpesona dengan estetika foto yang dipamerkan dah memuji ‘keindahan’ bentuk tubuhnya yang dikatakan mempunyai daya tarikan seksual.

“Bintang Bollywood paling seksi pada abad ini,” kata seorang peminatnya.

Biarpun dibanjiri pujian, pelakon yang pernah membintangi filem Bajirao Mastani itu tidak terlepas daripada dikritik segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan konsep fotografi tersebut.

“Adakah ini sesuatu yang perlu dibanggakan? Konsep sebegini (bogel) sudah lapuk dan ketinggalan zaman,” kata seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI