fbpx
Zuraida dalam majlis perasmian Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia 2022 (MIACES) di MITEC hari ini./ FOTO FARIZ RUSADIO

Pekerja India, Pakistan isi sektor perladangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kebergantungan pekerja dari Indonesia dan Bangladesh dalam sektor perladangan boleh dikurangkan apabila terdapat permintaan pekerjaan dari India dan Pakistan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pemain industri perladangan dan komoditi di negara ini turut disarankan untuk mendapatkan tenaga kerja asing dari Pakistan dan India bagi memenuhi kekosongan jawatan sektor tersebut.

“Saya lihat dalam laporan yang telah dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia ada potensi pekerja dari Pakistan untuk masuk bekerja dalam bidang perladangan.

“Saya lihat angkanya meningkat dari Pakistan sebanyak 1,000 lebih dan pekerja dari India juga ada untuk sektor perladangan, saya akan minta pemain industri dalam bidang perladangan untuk cuba pasaran pekerja negara berkenaan. Jadi, kita tidak terlalu bergantung pada Indonesia dan Bangladesh,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas majlis perasmian Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia 2022 (MIACES), di sini hari ini.

Terdahulu, Indonesia dilaporkan membekukan sementara penghantaran pekerjanya ke Malaysia atas dakwaan melanggar syarat dalam memorandum persefahaman pekerja domestik yang telah dimeterai antara kedua-dua negara.

Tambah Zuraida, isu gaji rendah dalam sektor perladangan sepatutnya tidak timbul kerana kadar gaji yang ditetapkan sudah mencukupi dan melebihi had gaji minimum.

“Dalam industri perladangan telah beri gaji yang terbaik, antara RM2,000 ke RM2,500. Jadi kita tiada isu mengenai gaji kerana kadar upah itu adalah yang terbaik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR