fbpx

IPK Kuala Lumpur persiap anggota hadapi banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sudah bersiap sedia untuk menghadapi bencana banjir kilat di ibu negara menerusi kekuatan anggota dan aset sedia ada dimiliki mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, buat masa ini, aset diperlukan termasuk bot sudah mencukupi termasuk memanfaatkan 10 buah bot disumbangkan Ahli Parlimen di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang melatih anggota dan pegawai untuk mengendalikan bot dan misi penyelamatan di dalam air.

“Hari ini, seramai 55 anggota berpangkat rendah dan tujuh pegawai kanan diberi pendedahan untuk misi menyelamat di dalam air dan pengendalian bot penyelamat.

“Latihan julung kali ini bertujuan menguji aset sedia ada bagi membantu mangsa banjir kilat di ibu kota dan di negeri-negeri jiran yang berdepan bencana banjir,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup Pengendalian Bot di Pangkalan Polis Marin Putrajaya, hari ini.

Katanya, biarpun aset disumbang wakil rakyat itu berkapasiti kecil namun ia boleh memberi nilai tambah kepada usaha dan misi menyelamat mangsa.

Azmi berkata, beliau berharap latihan pengendalian aset tersebut dapat melengkapkan anggotanya dengan kemahiran menyelamat yang diperlukan ketika bencana.

“Latihan ini bukan yang terakhir dan kami akan memastikan semua anggota dan pegawai dilengkapi kemahiran yang sama.

“Walaupun banjir kilat di Kuala Lumpur berlaku sangat singkat namun jika bantuan lewat diberikan ia mungkin mengundang risiko lebih besar kepada mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI