fbpx

TLDM usir enam bot nelayan asing ceroboh perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KD Laksamana Hang Nadim mengarahkan bot nelayan asing keluar dari perairan negara berhampiran Pulau Jarak, Lumut hari ini.

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir enam bot nelayan dari Indonesia yang menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Jarak dekat sini, petang tadi.

Menurut Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, Pangkalan TLDM Lumut, Pusat Operasi Armada (POA) Barat telah menerima maklumat dari Pusat Aduan Kawalan (CRC) Kuantan berhubung pengesanan enam bot tersebut berhampiran Pulau Jarak melalui pesawat CL 415 MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Maklumat itu segera disalurkan kepada Kapal Diraja (KD) Laksamana Hang Nadim yang melakukan rondaan di lokasi berhampiran pada pukul 2.15 petang.

“Kapal tersebut seterusnya melakukan tindakan pengusiran kesemua bot nelayan itu dan kekal membayangi kesemua bot berkenaan sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia adalah tindakan kedua dalam tempoh dua hari KD Laksamana Hang Nadim mengusir bot nelayan asing yang menceroboh atau cuba menceroboh perairan negara.

Pada pukul 5.55 petang semalam, kapal TLDM itu berjaya mengekang lapan bot nelayan asing daripada memasuki perairan negara berhampiran Pulau Perak, Kedah.

Terdahulu, Pusat Operasi Armada (POA) Barat menerima maklumat daripada CRC) Kuantan berhubung pengesanan lapan bot itu di posisi tenggara Pulau Perak melalui pesawat CL 415 MP milik APMM.

“Bertindak menerusi maklumat yang disalurkan, KD Laksamana Hang Nadim yang sedang dalam penugasan Op Benteng Laut telah diatur gerak ke lokasi.

“Setiba di lokasi, KD Laksamana Hang Nadim berjaya mengesan keberadaan kesemua lapan bot itu seterusnya melaksanakan tindakan pengusiran dan kekal membayangi kesemua bot itu sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI