fbpx

Ribut petir, hujan lebat diramal di sembilan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu melibatkan seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Selangor Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

“Bagi Kedah antara kawasan terlibat di Langkawi, manakala Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Mulling.

“Pahang pula antara kawasan terjejas di Tanah Tinggi Cameron, manakala Selangor di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” kata kenyataan itu hari ini.

MetMalaysia berkata, di Negeri Sembilan cuaca tidak menentu itu diramal melanda seluruh Seremban dan Port Dickson, sementara Johor di Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Manakala di Sarawak cuaca tidak menentu tertumpu di Limbang sahaja,” jelasnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI