fbpx

Bekas pengarah syarikat didakwa 64 pertuduhan penyelewengan cek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yee Ling (kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 64 pertuduhan menyalahgunakan, memalsukan dan menggunakan sebagai tulen 33 keping cek berjumlah RM10.65 juta antara November 2017 hingga Februari 2018.

Tertuduh, Ooi Yee Ling, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad Hakim.

Bagi pertuduhan membabitkan penyalahgunaan cek, Yee Ling didakwa dengan curang menyalahgunakan harta milik Chan Chee Seng iaitu dua keping cek RHB Bank Berhad berjumlah RM790,000 di RHB Bank Berhad di Ipoh Garden South pada 17 November 2017.

Tertuduh yang juga pemegang saham Syarikat Cergas Amani Bhd. didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.

Wanita itu turut didakwa atas 31 pertuduhan memalsukan cek RHB Bank Berhad daripada akaun RHB Chee Seng untuk dibayar di atas nama tertuduh dan beberapa pihak lain.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah syarikat di Jalan Sultan Nazrin Shah dalam daerah Kinta.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, tertuduh yang berdepan dengan 31 pertuduhan telah secara curang menggunakan cek RHB Bank Berhad daripada akaun milik Chee Seng untuk dibayar atas namanya dan beberapa pihak lain di beberapa lokasi bank dalam daerah Kinta antara tarikh kejadian yang sama.

Pada prosiding sama, Yee Ling turut didakwa bersama konsultan syarikat, Yee Yat Kai, 64, di bawah Seksyen 467 dan Seksyen 471/467 Kanun Keseksaan bagi empat pertuduhan memalsukan dan menggunakan sebagai tulen dua dokumen berupa cagaran berharga iaitu surat di atas nama Chee Seng berkenaan bayaran pampasan antara 26 Disember 2017 hingga 31 Januari 2018 di dua lokasi di daerah Kinta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI