fbpx
Gambar yang dimuat naik oleh pengguna di Threads berkenaan dengan individu mencurigakan berpakaian wanita dalam koc MRT, khamis lalu.

Individu mencurigakan berpakaian wanita dalam koc MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehadiran seorang individu mencurigakan yang berpakaian seperti wanita di dalam koc wanita di Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya, mencetuskan rasa kurang selesa dalam kalangan penumpang, khamis lalu.

Menerusi satu hantaran pengguna di media sosial oleh @fishonggg, dia mendakwa bahawa kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.50 petang di mana dia berhadapan dengan individu yang berpakaian seperti wanita dengan memakai rambut palsu, baju tanpa lengan berwarna kuning dan berseluar pendek.

“Baru sahaja mengalami sesuatu yang sangat tidak selesa di dalam koc wanita di MRT. Sekitar pukul 3.50 petang, saya menaiki stesen MRT Titiwangsa dan masuk ke dalam koc wanita lalu saya perasan seorang penumpang yang berasa ‘off’.
“Pakaian dan penampilan dia nampak pelik, tetapi yang paling menonjol adalah tingkah laku dia iaitu dia asyik merenung wanita di dalam koc tanpa henti,” katanya.

Mangsa yang berasa terancam dan curiga, cuba untuk berhadapan dengannya secara terbuka selepas individu tersebut didakwa turut cuba merakam gambarnya secara tersembunyi.

“Saya perhatikan dia dan cuba memberi isyarat supaya dia berpindah ke koc lain, tapi dia hanya buat tak tahu. Lepas itu, saya rasa seperti dia mengambil gambar saya dan saya terus tanya dia sama ada dia lelaki atau wanita,” ujarnya lagi.

Individu berkenaan dilihat turun di Stesen MRT Raja Uda selepas kejadian itu dan mangsa telah mengambil tindakan segera dengan melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna meluahkan rasa bimbang tentang tahap keselamatan di pengangkutan awam dan berpandangan agar orang ramai sentiasa berhati-hati ketika berhadapan dengan situasi sebegini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN