fbpx

KPDNHEP tahan enam peniaga aksesori, minyak wangi tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota penguat kuasa KPDNHEP Terengganu memeriksa minyak wangi disyaki tiruan di sebuah premis perniagaan di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri (KPDNHEP) Terengganu berjaya merampas 105 aksesori dan 1,232 minyak wangi disyaki tiruan semalam.

Serbuan di tiga premis perniagaan di bandar raya ini dan Marang pada pukul 12 tengah hari itu disertai oleh 12 pegawai KPDNHEP negeri dengan bantuan wakil pemilik cap dagang berdaftar.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharudin Mohd. Kia berkata, sebanyak 105 barangan berupa beg tangan, dompet dan selipar dipercayai berjenama tiruan dirampas.

“Turut dirampas 1,232 minyak wangi disyaki menggunakan cap dagangan secara salah. Nilai keseluruhan rampasan adalah RM27,612,” katanya di sini hari ini.

Saharuddin berkata, seramai enam lelaki berusia dalam lingkungan 20-an disyaki dalang perjualan barangan tiruan ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI