fbpx

Arab Saudi sahkan kes pertama cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu yang disahkan sebagai kes pertama cacar monyet di Arab Saudi memiliki sejarah perjalanan ke luar negara. - Emory News Centre

RIYADH – Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan kes pertama cacar monyet melibatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Kementerian berkenaan menyatakan, individu dijangkiti itu sedang menerima rawatan perubatan mengikut prosedur kesihatan yang ditetapkan.

Menurut kementerian sama, sampel turut diambil daripada semua orang yang mempunyai hubungan dengan individi positif terbabit untuk ujian makmal tetapi tiada seorang pun daripada mereka menunjukkan simptom cacar monyet.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi juga mengesahkan bahawa kerja pemantauan wabak cacar monyet dan usaha susulan lain sedang giat dilakukan. Pihak kementerian juga akan mengumumkan sebarang kes baharu secara telus.

Kementerian berkenaan memberi jaminan bahawa pihaknya bersedia dan memiliki keupayaan untuk menangani sebarang situasi jangkitan cacar monyet di negara ini. 

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 

me­nyatakan bahawa terdapat sekitar 9,200 kes cacar monyet di 63 buah negara setakat Selasa lalu.

Lonjakan jangkitan cacar monyet di luar rantau Afrika Barat dan Afrika Tengah di mana pe­nyakit itu diisytiharkan endemik, telah dilaporkan sejak awal Mei lalu.

Kebanyakan kes cacar monyet dilaporkan menjangkiti lelaki yang melakukan hubungan sejenis, berada dalam usia muda dan melibatkan kawasan bandar, demikian menurut WHO.

Berdasarkan statistik sedia ada, hampir semua pesakit yang dijangkiti adalah lelaki dengan umur median 37 tahun, manakala tiga perlima daripada mereka mengamalkan cara hidup gay.

Simptom awal cacar monyet termasuk demam panas, ruam pada badan dan bengkak kelenjar. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI