fbpx

Polis akan panggil Tok Mat isu kavadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Lai dan Mohamad.

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat akan dipanggil memberi keterangan berhubung kenyataan dikeluarkan beliau yang didakwa tidak sensitif berkenaan penganut Hindu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung perkara itu.

“Kita (polis) akan mengambil keterangan beberapa saksi lain sebelum memanggil Mohamad,” ujarnya ketika dihubungi.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, Mohamad didakwa merujuk kavadi sebagai ‘beban’ ketika menggambarkan kekalahan Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu dalam satu wawancara bersama Asia Times baru-baru ini.

Ekoran kenyataan itu, Sayap Bersekutu Bersatu membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu selepas beliau gagal memohon maaf kepada penganut Hindu dalam tempoh 24 jam.

Ketua Penerangannya, S Gobi Krishnan juga dilaporkan turut mengugut akan berarak ke pejabat Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI