fbpx
JANNA NICK mengakui berubah sikap menjadi wanita yang terbuka dan lantang bagi mengelak daripada berasa sunyi, terutama selepas perceraian ibu bapanya.

Janna Nick paksa diri jadi ‘extrovert’ elak kesunyian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick mengakui terpaksa bertukar sikap menjadi seorang yang extrovert (terbuka) bagi mengubat kesunyian hati.

Kongsi Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, semua itu berlaku perceraian ibu bapanya ketika dia baru menginjak usia sembilan tahun.

“Lepas apa yang terjadi (perceraian), saya pilih untuk tinggal bersama nenek di kampung kerana merasakan itu keputusan yang paling terbaik.

“Ya, saya memang lahir dalam keluarga yang bermasalah atau family broken. Selama ini saya paksa diri menjadi seorang yang extrovert untuk hiburkan diri sendiri supaya tak sunyi.

“Jujur sejak darjah tiga, saya banyak membesar bersama kawan-kawan. Kadang-kadang orang

nampak sisi saya yang extrovert, tapi sebenarnya saya terpaksa berbuat demikian sebab nak hiburkan hati sendiri,” katanya menerusi sebuah video perkongsian dalam Twitter.

Tambah pelakon drama Leftenan Zana itu lagi, disebabkan apa yang berlaku dalam keluarganya, segala keputusan dan tindak-tanduk semuanya terletak di atas bahu sendiri.

“Siapa Janna Nick yang anda lihat sekarang ini, itulah hasil daripada apa yang telah saya jalani sebelumnya.

“Semua keputusan saya yang buat sendiri. Tapi bukan bermaksud mak dan ayah saya lepas tangan atau tanggungjawab mereka, cumanya saya sudah terbiasa terdidik sejak kecil untuk hidup begitu,” katanya.

Akui pelantun lagu Gatal itu lagi, sejak dari itu, dia sebenarnya langsung tidak pernah merasakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang hadir saban tahun sebagai sesuatu yang menyeronokkan atau dinanti-nanti.

“Selepas mak dan ayah saya bercerai, memang saya tidak pernah rasa raya itu best (seronok). 

“Saya tak tahu apa erti raya untuk saya. Saya jadi confuse (keliru) tiap kali datangnya raya,” ujanrya.

Terdahulu, sekitar April tahun lalu, Janna pernah membuat pengakuan dirinya mengalami masalah gangguan bipolar selain mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Jelas kekasih kepada pelakon Dini Schatzmann itu lagi, sehingga kini dia masih bergantung kepada ubat anti kemurungan dan menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa berhubung dengan masalah gangguan bipolar yang dihidapinya sejak sekian lama itu. – KOSMO! ONLINE

POPULAR