fbpx

Polis panggil beberapa individu kes kekecohan mesyuarat PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa individu akan dipanggil polis berhubung insiden kekecohan yang berlaku ketika mesyuarat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Buloh di Kota Damansara malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi tadi.

“Laporan itu dibuat oleh seorang ahli yang berada dalam mesyuarat berkenaan. Saya difahamkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, seorang ahli jawatankuasa bahagian telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Pengadu mendakwa seorang lelaki dipercayai pemandu kepada seorang ahli politik menceroboh masuk ke bilik mesyuarat tanpa kebenaran. Lelaki itu kemudian didakwa cuba memaksa beberapa ahli jawatankuasa cabang mengikutnya untuk perbincangan di tingkat bawah.

Ia dipercayai disebabkan ada ahli jawatankuasa yang tidak berpuas hati berhubung senarai nama lantikan ketua cabang yang dibuat tanpa melalui perbincangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI