fbpx

Dua individu ditahan susulan penemuan mayat wanita dan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat seorang wanita yang ditemukan tersangkut pada sangkar ikan di Sungai Semantan dekat Kampung Raja di Temerloh kelmarin.

TEMERLOH – Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dalam kes penemuan dua mayat di dua lokasi berasingan di Mentakab dan di Sungai Semantan berhampiran Kampung Raja di sini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Azhar Mohd. Yusoff berkata, kedua-dua suspek berumur 22 tahun dan 40 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

“Kedua-dua suspek ditahan di lokasi berasingan di Temerloh antara pukul 4 pagi hingga 5 pagi kelmarin di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 14 Julai ini.

“Susulan penemuan mayat perempuan di Sungai Semantan kelmarin, orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta smpil membuat laporan polis bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin mayat seorang wanita disyaki berbangsa India tanpa sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan terapung dan tersangkut di sangkar ikan di Sungai Semantan dekat Kampung Raja di sini.  

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis masih menunggu proses bedah siasat terhadap mayat wanita ditemukan kelmarin dan siasatan giat dilakukan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menyalurkannya kepada polis di balai polis berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI