fbpx

Manchester United perlu bukti kemampuan – Erik Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain United diminta untuk membuktikan kemampuan masing-masing menjelang aksi pramusim menentang Liverpool di Stadium Rajamangala, Bangkok malam in. – MUFC

BANGKOK – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mahu menguji kemampuan sebenar barisan pemainnya menjelang aksi pramusim menentang ­Li­ver­­pool di Stadium Rajamangala malam ini.

Meskipun hanya perlawanan persahabatan, namun pengendali dari Belanda itu menganggap pertemuan tersebut sangat penting memandangkan Liverpool adalah musuh ketat The Red Devils.

Justeru, beliau mengharapkan aksi terbaik daripada pemainnya dalam perlawanan tersebut bagi menterjemahkan falsafah bola sepak yang diterapkan ketika menjalani latihan sebelum ini.

“Perlawanan ini sangat pen­ting kerana mampu menjadi pentas terbaik untuk menguji kemampuan semua pemain. Inilah tahap permainan yang perlu dihadapi pemain-pemain United pada musim baharu nanti.

“Adalah satu perkara baik untuk bertemu Liverpool kerana mereka adalah lawan yang akan dihadapi dalam saingan liga. Oleh itu, kami mahu gunakan peluang yang ada untuk menguji corak permainan diterapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ten Hag juga berharap pemain-pemain muda menggunakan peluang tersebut bagi membuktikan kemampuan masing-masing dalam usaha mendapatkan tempat dalam ke­sebelasan utama United.

“Saya harap satu atau dua pemain muda mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Jika mahu mendapatkan tempat tersebut, mereka perlu bekerja keras dan buktikan bahawa me­reka layak,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI