fbpx

Perceraian selebriti akibat kecurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA selebriti yang bercerai disebabkan kehadiran orang ketiga.

SELAIN alasan tiada lagi persefahaman, kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga juga menjadi punca keretakan yang akhirnya meruntuhkan mahligai perkahwinan.

Perkataan ‘curang’ memang pahit untuk ditelan buat pasangan suami isteri. Namun, itulah antara dugaan perlu ditempuh dalam melayari bahtera alam berumah tangga.

Tidak semua perkahwinan akan berjalan bahagia sampai ke akhir hayat.

Ada sesetengahnya berhujung derita, sama seperti apa yang dilalui pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan juga Syamsul Yusof apabila mahligai yang mereka bina sejak lapan tahun lalu kini ibarat retak menanti belah gara-gara kehadiran insan ketiga.

Umum mengetahui, pergolakan dalam rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul sudah pun berlarutan sejak empat tahun lalu selepas kehadiran seorang wanita, Ira Kazar.

Drama rumah tangga seperti yang dilalui Puteri Sarah dan juga Syamsul juga pernah menghantui hidup beberapa selebriti terkenal lain yang akhirnya membawa kepada perpisahan.

Gala pada minggu ini berkongsi kisah keruntuhan rumah tangga empat selebriti terkenal dunia akibat perselingkuhan dalam perkahwinan mereka.

GWEN STEFANI bersama Rossdale.

Stefani dicurangi suami

Penyanyi Gwen Stefani terpaksa akur selepas rumah tangga yang dibina dengan suaminya, Gavin Rossdale selama 13 tahun akhirnya runtuh selepas lelaki itu didapati bermain kayu tiga dengan wanita lain.

Stefani memfailkan tuntutan cerai terhadap Rossdale selepas mengetahui lelaki itu ada menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pengasuh lama keluarganya bernama Mindy Mann.

Kisah kecurangan tersebut terbongkar selepas Stefani menemukan foto suami dan pengasuhnya tanpa seurat benang dalam peranti pintar iPad milik Rossdale.

Lebih memburukkan keadaan, Stefani turut mengetahui rancangan suaminya dan Mann melakukan hubungan intim selepas membaca mesej perbualan mereka.

NISSa SABYAN dan Ayus Sabyan.

Nissa Sabyan rampas suami orang

VOKALIS kumpulan Sabyan Gambus, Nissa Sabyan yang terkenal dengan penampilan sopan dan Muslimah mengejutkan industri seni di Indonesia selepas dituduh menjadi punca keruntuhan rumah tangga salah seorang anggota muzik kumpulan itu iaitu Ayus Sabyan.

Menurut laporan media Indonesia, mereka dikatakan sudah pun menjalinkan hubungan sejak beberapa tahun lalu.

Diketahui Ayus sudah pun mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Ririe Fairus sejak 2012 dan dikurniakan dua orang anak.

Selepas sekian lama memendam perasaan, Ririe dan Ayus akhirnya bercerai pada Mac 2021, sekali gus membuatkan Nissa dibenci masyarakat dan dituduh perampas suami orang.

KARISMA dan Sunjay bercerai pada 2016.

Karisma Kapoor dikhianati suami

Pelakon terkenal Bollywood, Karisma Kapoor juga pernah melalui pengalam hitam dalam rumah tangga bersama suaminya, Sunjay Kapur.

Selepas mendirikan rumah tangga bersama lelaki itu selama 13 tahun sejak 2003, Karisma dan Sunjay akhirnya sepakat untuk berpisah pada Mei 2016 akibat kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Menurut laporan media, Sunjay didakwa memiliki wanita idaman lain selepas berkahwin dengan Karisma, sekali gus menjadi punca keretakan dalam rumah tangga mereka.

MULAN dan Dhani kini bahagia sebagai suami isteri.

Mulan Jameela vs Maia Estianty

Drama rumah tangga antara penyanyi Maia Estianty dengan Ahmad Dhani menjadi perbincangan hangat netizen sekitar 2006.

Ketika pergolakan rumah tangga antara kedua-dua selebriti itu terjadi, nama rakan duet Maia menerusi kumpulan duo mereka Ratu iaitu Mulan Jameela turut terseret.

Difahamkan, punca keretakan rumah tangga Maia dan Ahmad Dhani disebabkan kehadiran Mulan sebagai orang ketiga.

Menurut laporan media, Mulan dikhabarkan sudah pun bernikah dengan Ahmad Dhani pada 2006, sedangkan vokalis kumpulan Dewa 19 itu rasmi bercerai dengan Maia pada tahun 2008.

MAIA ESTIANTY

Bagaimanapun, Mulan menafikan dirinya menjadi penyebab kepada kehancuran rumah tangga rakan duetnya itu bersama Ahmad Dhani.

Dia bertegas hanya berkahwin dengan Dhani pada 2009, iaitu setahun selepas pasangan suami isteri popular itu berpisah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.