fbpx

‘Dia menghina dirinya dengan tanggal baju di khalayak ramai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang wanita secara tiba-tiba menanggalkan tudung dan pakaiannya di hadapan orang ramai di sebuah kelab komedi di ibu kota.

PETALING JAYA – “Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai”.

Demikian teguran tegas daripada Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berhubung satu rakaman memaparkan seorang wanita secara tiba-tiba menanggalkan tudung dan pakaiannya di hadapan orang ramai di sebuah kelab komedi di ibu kota.

Firdaus menerusi hantarannya di Facebook tadi memaklumkan tindakan wanita itu telah menghina dirinya sendiri dan bukan agama Islam.

“Secara jujur, jikalau benar wanita itu adalah Melayu dan Muslim serta telah menghafal 15 juzuk al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam.

“Jikalau benar dia ‘claim’ telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan melakukan perbuatan seperti itu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal al-Quran, memahami dan mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan,” katanya.

Bagaimanapun, rakaman tersebut mula tular di paltform media sosial dan pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai berhubung kejadian itu.

“Allah, apa nak jadi dengan orang Muslim zaman ini, ramai dah terpesong akidahnya,” luah seorang pengguna.

“Tolong ambil tindakan pada individu ini, banyak kesalahan boleh disabitkan, jadikan agama sebagai bahan lawak dalam keadaan memalukan,” ujar pengguna lain.

Dalam pada itu, kelab komedi terbabit tampil memaklumkan pihaknya telah menfailkan laporan polis mengenai insiden yang berlaku sekali gus telah menghalang individu terlibat untuk kembali membuat persembahan di kelab.

Perkara itu diberitahu menerusi hantaran Crackhouse Comedy Club KL sebentar tadi di laman Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI