fbpx

Orang Gelugor, Teluk Kumbar terima bekalan air selewat-lewat pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di kawasan Teluk Kumbar di sini terpaksa menadah air daripada air bukit di Tanjung Asam hari ini.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjangka bekalan air untuk kira-kira 20 peratus pengguna di kawasan Gelugor dan Teluk Kumbar di sini akan diperoleh selewat-lewatnya pagi esok.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PBAPP, Jaseni Maidinsa berkata, kawasan yang masih belum mendapat bekalan air itu terletak di kawasan yang tinggi dan memerlukan sedikit masa untuk penyaluran air seperti sediakala.

”Situasi yang berlaku di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua sebelum ini telah memberi kesan kepada lebih 500,000 pengguna dan kita telah berjaya menyalurkan semula bekalan air kepada 80 pengguna di kawasan Seberang Perai dan juga selatan Pulau Pinang.

”Bagaimanapun, masih terdapat kira-kira 20 peratus pengguna di kawasan Gelugor hingga ke Teluk Kumbar masih belum menerima bekalan kerana mereka tinggal di kawasan tinggi, kami jangka selewat-lewatnya esok pagi mereka akan menerima bekalan air,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar di sini hari ini.

Operasi loji rawatan air (LRA) di Sungai Dua di sini terpaksa dihenti tugas selama empat jam Rabu lalu kerana kadar kekeruhan air mentah yang tinggi di Sungai Muda susulan banjir di Baling, Kedah.

Menurut Jaseni, PBAPP juga telah menggerakkan pasukan petugas untuk meninjau kawasan-kawasan perumahan apartment dan kondominium bagi memastikan pam air di kawasan tersebut telah diaktifkan semula oleh pihak pengurusan perumahan masing-masing.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula memberitahu, kebimbangan Pulau Pinang yang bergantung dengan Sungai Muda sebagai sumber utama bekalan air untuk penduduk negeri itu menjadi kenyataan selepas air mentah dari sungai itu terjejas ekoran banjir di Baling.

”Disebabkan itu, Pulau Pinang meminta Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Kedah mengambil serius tentang saranan Pulau Pinang untuk mewujudkan Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI