fbpx

Rakyat Malaysia perlu berhati-hati di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (tengah) mendengar penjelasan daripada pegawai Jabatan Kerja Raya mengenai perkembangan pembinaan Hospital Baharu Parit Buntar di Simpang Lima, Parit Buntar hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

PARIT BUNTAR – Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dinasihatkan supaya lebih berhati-hati berikutan negara itu telah merekodkan kes cacar monyet pertama membabitkan rakyat Malaysia yang bermastautin di sana.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, memandangkan penyakit itu berada di negara jiran, pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pemantauan lebih rapi di pintu masuk sempadan antarabangsa.

“Rakyat Malaysia yang bekerja atau yang bermastautin di sana kita nasihatkan supaya lebih berhati-hati berikutan wabak ini mudah merebak melalui sentuhan dan cecair.

“Selain kekerapan sanitasi, kita juga menasihatkan agar segera merujuk kepada hospital atau klinik sekiranya terdapat simptom seperti demam, batuk, selesema dan sebagainya,” katanya di sini hari ini. 

Terdahulu, beliau melakukan tinjauan di Tapak Hospital Parit Buntar yang kini dalam fasa pembinaan di Simpang Lima di sini. 

Noor Azmi turut berkata, bagi yang berhasrat mengunjungi negara-negara dengan kes atau wabak tersebut, kini bukan masa sesuai untuk melakukannya dan mereka dinasihatkan mengelakkan daripada berbuat demikian.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa KKM bimbang berlakunya peningkatan kes Covid-19 menjelang musim perayaan Aidiladha memandangkan kes semasa dilihat kian meningkat.

“Bagaimanapun, keadaan adalah terkawal dan KKM telah membuat persedian rapi dari pelbagai sudut termasuk hospital, ubat-ubatan di samping terus menasihati rakyat agar lebih berhati-hati,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI