fbpx

Penganggur OKU culik budak dijel 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Rahim Ahmad dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini kerana menculik seorang kanak-kanak lelaki di Taman Scientex Pasir Gudang, 11 Mei lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur yang sebelum ini tular kerana menculik seorang kanak-kanak lelaki di Taman Scientex, Pasir Gudang pada 11 Mei lalu dijatuhkan hukuman penjara dua tahun bermula tarikh tangkapan.

Tertuduh, Muhammad Rahim Ahmad, 26, dijatuhkan hukuman tersebut selepas menukar pengakuan kepada bersalah hari ini, di hadapan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim.

Terdahulu, pada 17 Mei lalu, Muhammad Rahim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa telah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun berhampiran Sekolah Agama Taman Scientex, Pasir Gudang pada pukul 11.30 pagi, 11 Mei lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun beserta denda jika sabit kesalahan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI