fbpx

Kilang sorok 612 minyak peket diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan menunjukkan minyak masak peket bersubsidi yang dirampas dari sebuah premis kilang memproses makanan di Sikamat, Seremban pagi tadi.

SEREMBAN – Tembelang sebuah kilang memproses makanan menyimpan 612 kilogram (kg) minyak masak peket terbongkar apabila diserbu sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Sikamat di sini hari ini.

Serbuan Op ATM (ayam, telur, minyak masak) dan Op Antisorok itu dilakukan pada pukul 11.20 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan, Abd. Muis Samsudin berkata, minyak itu ditemui bersama 50 kg minyak masak bersubsidi dalam tong di premis berkenaan.

“Minyak masak tersebut dipercayai digunakan untuk proses penghasilan produk makanan di premis berkenaan. Premis berkenan tidak mempunyai sebarang kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk menyimpan minyak masak di premisnya.

“Seorang lelaki warganegera Malaysia berumur 45 tahun yang merupakan pengurus di premis berkenaan telah diambil keterangan untuk tujuan siasatan.

“Kesemua 662kg minyak masak bersubsidi berkenaan dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM1,655 telah disita untuk tujuan siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd. Muis dalam pada itu menambah, pihak KPDNHEP Negeri Sembilan memandang serius terhadap penyelewengan minyak masak peket 1kg kerana ia seharusnya dijual dan dipasarkan untuk kegunaan isi rumah.

“Sejak Op ATM dilancarkan pada 1 Jun 2022 sehingga kini, KPDNHEP Negeri Sembilan telah menjalankan sebanyak 429 pemeriksaan premis yang meliputi kesemua rantaian pengedaran minyak masak subsidi di Negeri Sembilan.

“Usaha membanteras penyelewengan minyak masak bersubsidi ini akan terus dipergiatkan oleh KPDNHEP Negeri Sembilan dari semasa ke semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI