fbpx

Proton miliki barisan pemasangan enjin berteknologi tinggi di Tanjung Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu pemeriksaan teliti yang dijalankan di kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim, Perak.

TANJUNG MALIM – Barisan pemasangan enjin automotif yang terdapat di kilang pembuatan Proton di sini mempunyai kapasiti maksimum sehingga 180,000 unit kenderaan apabila bero­perasi dalam tiga syif.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah, barisan pemasangan baharu itu terletak di kawasan Enjin dan Powertrain yang meliputi kawasan seluas 18,000 meter persegi di sini.

“Projek ini juga merupakan sebahagian daripada RM1.8 bilion yang diperuntukkan oleh Proton untuk menaik taraf kemudahannya di Tanjung Malim.

“Enjin yang memenangi anugerah ini digunakan pada beberapa jenama di bawah Kumpulan Geely, enjin tiga silinder 1.5 TGDI dan variannya setakat ini telah digunakan dalam lebih 750,000 kenderaan yang dijual di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar semasa lawatan eksklusif media di kilang tersebut semalam.

Roslan menerangkan, menggunakan penyelesaian seperti pengecilan saiz enjin, sistem termal dan pelinciran yang dioptimumkan, pengecas turbo inersia rendah dan GDI yang dihomogenkan maka prestasi pasangan enjin dengan penggunaan bahan api serta pelepasan yang berkurangan telah mematuhi syarat Euro 6.

“Sebagai produk pemasangan tempatan, Proton mendapatkan alat ganti daripada pembekal Malaysia dan serantau.

“Untuk enjin baharunya, kini terdapat 72 alat ganti yang dibekalkan oleh 19 vendor Malaysia dan empat vendor ASEAN.

“Syarikat juga menggunakan barisan pemasangan baharu untuk memajukan matlamat pembangunan modal insannya,” tambah beliau.

Roslan menerangkan, seramai 202 pekerja diambil untuk be­kerja secara langsung di sini dengan usia purata hanya 24 tahun, bagi mewakili generasi akan datang dalam menguasai bakat automotif negara.

“Barisan pemasangan enjin baharu Proton menunjukkan bahawa syarikat mengotakan janjinya kepada pihak berkepentingannya.

“Apabila perjanjian dibuat untuk bekerjasama dengan Geely pada tahun 2017, salah satu komitmen kami adalah untuk melabur dalam industri automotif Malaysia dari segi kewangan dan melalui pengenalan komponen baharu berteknologi tinggi,” ujarnya.

Kilang baharu itu mempunyai 88 stesen yang terdiri daripada 17 stesen automatik, 15 separa automatik dan 56 stesen manual selain barisan pemasangan 1.5 TGDI dibina menggunakan etos IR 4.0 yang menampilkan tahap automasi yang tinggi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI