fbpx

Minta ‘clear’ RM1 juta sebab SPRM mahu siasat – saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) memberitahu bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengarahkannya untuk melupuskan sebahagian RM1 juta milik Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana Syed Saddiq sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketika pemeriksaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, Syed Saddiq memberi arahan itu ketika dia dihubungi menerusi aplikasi ‘WhatsApp’ pada akhir Mac atau awal April 2020.

Menurut saksi pendakwaan ke-13 itu, Ahli Parlimen Muar tersebut memberitahu bahawa SPRM hendak datang ke rumah untuk periksa dan geledah.

“Jadi YB (Syed Saddiq) arah ‘clear’kan wang yang ada pada saya, jadi saya beri kepada Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Wilayah Persekutuan, Muhammad Daniel Kusari (saksi pendakwaan kesembilan) dan ahli Bersatu, Muhammad Naqib Ab Rahim,” kata saksi itu.

Wan Shaharuddin: Kamu agihkan wang itu?

Rafiq Hakim: Ya. RM650,000 saya beri kepada Muhammad Daniel manakala RM250,000 kepada Muhammad Naqib. Baki RM100,000 pula, seingat saya digunakan untuk program Armada, saya lupa program apa.

Wan Shaharuddin: Di mana kamu simpan wang berkenaan sebelum beri kepada dua individu itu?

Rafiq Hakim: Di rumah saya.

Wan Shaharuddin: Kenapa Syed Saddiq suruh ‘clear’kan wang itu. Apa yang beliau beritahu kamu?

Rafiq Hakim: YB takut duit itu disita.

Semasa ditanya pihak pendakwaan adakah dia  tahu ada siasatan oleh SPRM, saksi itu menjawab “Ya” selain turut memaklumkan
ia berhubung kehilangan wang RM250,000.

Terdahulu saksi utama itu berkata, dia mengetahui Syed Saddiq kehilangan wang dari peti besi rumahnya sebanyak RM250,000.

Bagaimanapun beliau berkata, Syed Saddiq tidak menyatakan bahawa wang itu milik ibu bapa atau untuk kegunaan ubah suai rumah sebaliknya hasil sumbangan politik.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung lagi esok.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI