fbpx
TENG WEI KIANG ketika dibawa ke Mahkamah Majestrit Batu Pahat hari ini. FOTO ADNAN IBRAHIM

Lelaki tidak mengaku salah curi 1.4 kilogram emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Seorang jurujual emas sebuah syarikat tidak mengaku salah terhadap tuduhan mencuri kira-kira 1.4 kilogram ketika dihadapkan ke Mahkamah Majestret di sini hari ini.

Tertuduh Teng Wei Kiang,33, menangguk faham dan membuat mengakukan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa mandarin dihadapan Majestret Arun Noval Dass.

Mengikut 35 kertas pertuduhan terhadap tertuduh, Teng Wei Kiang yang bekerja sebagai jurujual emas di Syarikat Sky Goldsmith Two Sdn. Bhd. telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas emas anggaran berat 1.4 kilogram berharga kira-kira RM385,400.

Kesalahan dilakukan bermula bulan antara Oktober 2025 hingga Mei 2026 di lapan kedai pajak di sekitar daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor.

Bapa kepada seorang anak itu diwakili peguam N.Moganeysha memohon diberikan jaminan dikurangkan jumlah paling minimum iaitu sebanyak RM15,000 kerana terpaksa menanggung nafkah utama.

Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM5,000 bagi setiap kes dengan dua orang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Jun 2026.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN