fbpx
Jareem menghisap puting diperbuat daripada emas yang berharga £1,000 (RM5,334). – Lee McLean/SWNS

Suri rumah tidak kisah manjakan anak dengan kemewahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang bayi lelaki di Britain dimanjakan dengan kemewahan apabila dikatakan hanya mandi dengan susu dan madu, menghisap puting diperbuat daripada emas yang berharga £1,000 (RM5,334) serta memiliki banyak pakaian berjenama, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Kasey Akram, 32, berkata, dia suka memanjakan anak lelakinya, Jareem yang berusia setahun.

Suri rumah sepenuh masa itu telah membelanjakan beribu-ribu pound untuk anaknya dan berkata bahawa dia tidak boleh berhenti melakukannya.

Beberapa barangan milik Jareem yang paling mewah termasuk seutas rantai Versace berharga £750 (RM4,001), gelang bertatahkan berlian berharga £925 (RM4,934) serta puting susu emas.

“Sebaik sahaja mempunyai anak lelaki, obsesi saya berubah daripada menjaga penampilan kepada memberi tumpuan untuk anak.

“Dia kanak-kanak lelaki paling comel di dunia. Saya bertengkar dengan rakan-rakan kerana jumlah wang yang dibelanjakan untuk Jareem.

“Saya akan memakai pakaian terpakai manakala dia memakai baju-T berharga £50 (RM266),” kata Kasey.

Wanita itu yang sebelum ini bekerja sebagai penari dan model berkata, dia pernah memiliki hasrat untuk tidak mempunyai anak, namun semua berubah selepas dia mengandungkan Jareem pada 2020. – Agensi

POPULAR