fbpx
KELLY CLARKSON

Bercerai buat Kelly Clarkson hilang fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI Kelly Clarkson diketahui sudah pun rasmi bercerai dengan suaminya, Brandon Blackstock sejak tahun lalu selepas tujuh tahun menjadi pasangan suami isteri.

Menerusi satu pendedahan yang dibuat, bekas juara program realiti America Idol musim pertama itu mengakui perceraian bukan sahaja memberi kesan terhadap kehidupannya, bahkan juga karier muziknya sebagai penyanyi.

Kata penyanyi berusia 40 tahun itu, selepas bercerai, dia berasa trauma sehingga menyebabkan jiwanya menjadi kacau sekali gus memberi kesan terhadap dirinya untuk menulis lagu.

“Selepas bercerai saya menjadi hilang arah. Saya tidak boleh mengawal perasaan sehingga mempengaruhi kemampuan saya untuk mencipta lagu,” ujarnya ketika ditemu bual dalam rancangan The Chart Show With Brooke Reese baru-baru ini.

Bagaimanapun, selepas hampir setahun berlalu, Clarkson perlahan-lahan kembali bangkit dan mendapat semula semangatnya untuk menerusikan kerjaya dalam bidang muzik.

POPULAR