fbpx

Hujan lebat di Perlis, Kedah dan Sabah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALJNG JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tiga negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga awal malam nanti.

“Ia melibatkan keseluruhan kawasan di Perlis manakala di Kedah hanya tertumpu di Langkawi.

“Selain itu, di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI