fbpx

Fotofit suspek didakwa cederakan Lufya akan dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lufya bersama anaknya (gambar kanan)

PETALING JAYA – Polis akan mengeluarkan lakaran wajah suspek yang disyaki mencederakan pelakon dan penyanyi Lufya Omar dalam cubaan menculik anaknya di sebuah taman permainan di Kota Damansara baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengambil keterangan pelakon terbabit semalam.

“Keterangannya pelakon terbabit diambil lebih dua jam oleh pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Polis dalam proses membuat lakaran wajah suspek yang didakwa menyerang pelakon itu. Kita akan usahakan untuk keluarkan fotofit secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya, identiti suspek masih dalam siasatan.

Kosmo! pada Rabu lalu melaporkan, Lufya Omar telah membuat laporan polis berhubung dakwaan dicederakan dengan sebatang kayu oleh seorang lelaki.

Kejadian tersebut berlaku dalam cubaan menculik anaknya Laana Haura, 5, di sebuah taman permainan pada Ahad lalu.

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memberitahu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Damansara kira-kira pukul 6.59 pagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI