fbpx

Perang Ukraine tidak berlaku sekiranya Putin ialah wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHNSON (kiri) berbual dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden semasa sidang NATO di Madrid hari ini. - AFP

BERLIN – Presiden Russia, Vladimir Putin tidak akan memulakan perang di Ukraine sekiranya beliau ialah seorang wanita, demikian menurut Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. 

“Sekiranya Putin seorang wanita, saya tidak fikir beliau akan memulakan pencerobohan gila dan keganasan seperti yang beliau lakukan,” kata Johnson kepada stesen penyiaran Jerman,  ZDF petang semalam.

Menurutnya, pencerobohan Ukraine adalah contoh ‘sempurna kejantanan toksik’ dan meminta supaya pendidikan lebih baik diberikan kepada pelajar perempuan di seluruh dunia. Beliau juga menggesa agar lebih ramai wanita diberikan kuasa dan kedudukan tinggi.

Bercakap di ibu kota Turkmenistan, Ashgabat, Putin menepis komen Johnson sebagai ‘tidak benar’.

“Saya ingin menyebut peristiwa dalam sejarah moden apabila (bekas Perdana Menteri Britain) 

Margaret Thatcher memutuskan untuk melancarkan perang ke atas Argentina kerana merebut Kepulauan Falkland dalam tahun 1982.

“Peristiwa itu menandakan seorang wanita memulakan perang yang berakhir dengan kemenangan Britain pada tahun sama,” kata Putin.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menuduh Johnson sebagai kuat berangan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI