fbpx

Derma darah dapat hadiah mi segera berperisa babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MI Segera yang tidak halal dijadikan hadiah cenderahati ketika program derma darah di sebuah pusat beli-belah di Batu Pahat, kelmarin.

BATU PAHAT – Penganjur program derma darah di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini memohon maaf berhubung isu pemberiaan beg cenderahati mengandungi mi segera berperisa daging babi sehingga menimbulkan kekecohan kepada penerima beragama Islam.

Pengerusi jawatankuasa pengelola program berkenaan, Lou Kok Meng berkata, pihaknya sedia bertanggungjawab dan mengakui perkara itu sememangnya tidak disengajakan.

“Pihak penganjur mengambil maklum mengenai perkara itu dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

“Wakil daripada kami juga sudah ke Bahagian Pengurusan Pentadbiran Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk memberi penjelasan mengenai kejadian itu,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, ketika ini pihaknya hanya mampu memohon maaf kepada orang ramai terutamanya kepada pengunjung yang datang menderma darah dalam program berkenaan dan akan memperbaiki keadaan.

Terdahulu, polis daerah ini membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kes pemberian cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi ketika program derma darah di sebuah pusat membeli-belah di sini, kelmarin.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI