fbpx

Pas tidak pernah sekat kewujudan panggung wayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zailah.

PUTRAJAYA – Kerajaan Pas Kelantan tidak pernah menyekat kewujudan panggung wayang tetapi ia bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Exco negeri.

Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, Pas melihat sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan mesti boleh membawa kesan positif kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Beliau berkata, Kelantan bukan tidak mahu mewujudkan panggung wayang untuk hiburan rakyat di negeri berkenaan sebaliknya, melihat terdapat perkara-perkara yang tidak dipatuhi sekiranya ia dibenarkan.

“Kita melihat dari sudut bagaimana setiap pembinaan program yang dibuat itu memberi kesan positif kepada masyarakat.

“Jadi, saya kira mungkin itu adalah PBT (bina panggung wayang) sebab ini dibawah PBT. Mungkin Exco PBT boleh jawablah pasal isu ni,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Program Media #AnakMalaysiaSihat di pejabatnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ciapan bekas ketua pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Ismath berkenaan tindakan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang menonton filem di sebuah panggung di ibu negara, baru-baru ini.

Tingkah laku Ahmad Fadhli itu mendapat teguran pelbagai pihak dengan ada yang menyifatkan tidak wajar beliau berbuat demikian.

Ini kerana, Pas yang dikatakan kuat mempelopori negeri Kelantan dengan mentadbir negeri mengikut lunas Islam, hingga mengharamkan pembinaan panggung wayang, namun, sikap yang ditunjukkan Ahmad Fadhli itu menggambarkan sebaliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI