fbpx

HFMD: Kes baharu turun 35.9 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-25 iaitu pada 19 hingga 25 Jun lalu berbanding minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, sebanyak 342 kes direkodkan pada minggu tersebut berbanding 531 kes pada ME ke-24.

“Semua kes menunjukkan gejala ringan dan tiada kes mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Jumlah kumulatif HFMD di negeri ini sehingga Sabtu lalu ialah 5,767 kes. Jumlah kes tersebut meningkat sebanyak 4,928 kes berbanding tempoh sama pada tahun 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19,”ujarnya.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini, daerah Kuala Muda mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 1,440 kes diikuti Kulim 868 kes, Kubang Pasu 830 kes dan Kota Setar 562 kes.

“Sebanyak 51 wabak HFMD telah dilaporkan di negeri ini sepanjang tahun ini dengan 50 daripadanya berlaku di pusat pendidikan taska, tadika dan pra sekolah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI