fbpx

Wanita warga emas kekal lepas, bebas tuduhan bunuh amah Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail Ambika (kiri) ketika didakwa di Mahkamah Pulau Pinang pada 2018.

PUTRAJAYA – Seorang wanita warga emas, M.A. Ambika yang didakwa membunuh pembantu rumahnya warga Indonesia empat tahun lalu kekal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Vernon Ong Lam Kiat yang bersidang bersama-sama Datuk Harminder Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang selepas mendapati tiada kekhilafan yang boleh di ubah terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan wanita berusia 64 tahun tersebut.

“Tiada kekhilafan yang boleh dirayu oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan,” kata panel hakim itu.

Menurut panel itu lagi, Mahkamah Rayuan telah mengambil kira bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir telah menggunakan budi bicaranya ketika membebaskan Ambika daripada pertuduhan membunuh itu.

Turut hadir dalam prosiding hari ini untuk adalah Duta Indonesia di Kuala Lumpur, Hermono dan Konsul Jeneral di Pulau Pinang, Bambang Suharto.

Pada 22 September 2020, Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang melepas dan membebaskan Ambika daripada pertuduhan membunuh Adelina Lisao, 28, pada 10 Februari 2018.

Terdahulu pada April 2019, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan Ambika daripada pertuduhan tersebut atas berikutan pihak pendakwaan ketika itu tidak memberikan alasan kukuh apabila mengemukakan permohonan bagi dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Sebelum ini kes penderaan Adelina menarik perhatian ramai selepas gambarnya tidur di sebelah kandang anjing di hadapan rumah majikannya dengan beralaskan tikar nipis dan berselimut menjadi tular.

Adelina yang mengalami kecederaan parah termasuk luka dan lebam di badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI