fbpx

Pekerja boleh mohon waktu kerja fleksibel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang menyampaikan sijil pengiktirafan kepada syarikat yang telah melaksanakan Productivity-Linked Wage System ketika merasmikan Simposium Keharmonian Perusahaan Wilayah Utara di Alor Setar, hari ini. - FOTO: SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Pindaan Akta Kerja 1995 yang berkuat kuasa pada 1 September hadapan bakal membolehkan kalangan pekerja di negara ini memohon waktu Aturan Kerja Fleksibel (AKF) daripada majikan masing-masing.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pekerja yang mahu mendapatkan waktu kerja lebih fleksibel boleh membuat permohonan tersebut dengan mengemukakan surat rasmi kepada majikan mereka.

“Apabila akta itu dipinda nanti, kalangan pekerja boleh membuat permohonan untuk perubahan waktu bekerja, hari bekerja mahu pun tempat bekerja.

“Di pihak majikan, mereka perlu memberi jawapan secara bertulis dalam tempoh 60 hari sama ada menerima atau menolak permohonan itu. Jika ditolak, sebab-sebab penolakan perlu dinyatakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Simposium Keharmonian Perusahaan Wilayah Utara di sebuah hotel di sini hari ini.

Menurutnya, kalangan majikan bagaimanapun tidak ‘diikat’ oleh kerajaan dalam pelaksanaan AKF tersebut.

“Sebarang keputusan bergantung kepada kesesuaian syarikat mahupun agensi masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, kementerian bersedia membuat kajian mengenai tempoh bekerja empat hari seminggu seperti yang mula dilaksanakan di beberapa negara maju termasuk Britain, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI