fbpx
MALEK mengakui susah dapat tawaran kerana dianggap terlalu kacak. - Foto SADDAM YUSOFF

‘Ada tawaran kerja, tapi mereka kata saya terlalu kacak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Memiliki raut wajah kacak bukan jaminan buat pelakon Malek Mccrone untuk terus diberikan laluan mudah dalam industri seni tanah air.

Pemilik nama lengkap Malek Marcus Mccrone, 32, itu mendedahkan pernah berdepan situasi pahit apabila ditolak daripada terlibat dalam sesebuah naskhah lakonan hanya kerana rupa parasnya dianggap terlalu tampan bagi watak yang ditawarkan.

“Susah saya nak komen isu ini, mungkin kena tanya pihak produksi atau stesen televisyen sebab memang ada kerja (tawaran) yang asalnya nak ambil saya, tapi akhirnya mereka kata saya terlalu kacak untuk watak tersebut.

“Padahal bagi saya, ramai lagi orang Malaysia yang kacak-kacak,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online semasa sidang media dan tayangan perdana Drama astro Original Good Boys Go To Heaven baru-baru ini.

Ditanya sama ada wajah kacukan menjadi faktor pengehad, pelakon drama Jesnita itu tidak menolak kemungkinan tersebut namun menegaskan seorang pelakon haruslah bersifat versatil.

“Mungkin juga, sebab kalau kita tengok dalam kelompok pelakon lelaki, tak ramai yang wajah Pan Asia berbanding pelakon wanita.

“Saya tidak menolak kemungkinan itu. Apa-apa pun sebagai pelakon, kita kena jadi macam sesumpah.

“Kita kena cuba sedaya upaya untuk sesuaikan penampilan fizikal dan pembawaan dengan watak yang diberi,” tambahnya.

Bagaimanapun, Malek enggan berputus asa dan menyatakan kesediaannya untuk melakukan transformasi pada penampilan fizikal demi tuntatan skrip dan watak.

“Tidak (putus asa), saya anggap itu sebagai salah satu cabaran untuk saya berusaha lebih keras lagi.

“Saya sentiasa bersedia kalau watak memerlukan saya jadi buruk seburuk-buruknya, saya akan lakukan.

“Nak botakkan kepala atau buat gaya skinhead pun saya sanggup,” ujarnya yang terlibat dalam drama Good Boys Go To Heaven.

Drama yang mengangkat isu trauma tersebut bakal ditayangkan bermula 8 Mei depan setiap hari Jumaat di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108).

Selain Malek, drama arahan Ariff Zulkarnain itu turut dibintangi Beto Kusyairy, Zahirah Macwilson, Amerul Affendi, Firdaus Karim, Sky Iskandar dan Sayf Mikael. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN