fbpx
Gambar hiasan.

MAIWP pastikan tadbir urus masjid, surau telus berintegriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pewujudan undang-undang khusus bagi memperkukuh tadbir urus dan pengurusan kewangan masjid serta surau.

Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, MAIWP sememangnya telah mempunyai peruntukan undang-undang dan mekanisme kawal selia sedia ada berkaitan pengurusan masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan.

“Antaranya termasuk peruntukan di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] khususnya Bab VII berkaitan masjid serta Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019.

“Seterusnya, Garis Panduan Kewangan Masjid dan Surau Wilayah-Wilayah Persekutuan, dan Garis Panduan Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Surau) 2023 serta pemantauan melalui Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MAIWP komited untuk memastikan tadbir urus institusi masjid dan surau sentiasa berada
pada tahap terbaik, telus dan berintegriti.

“Sehubungan itu, MAIWP akan terus mengkaji dari semasa ke semasa keperluan penambahbaikan terhadap undang-undang, peraturan dan garis panduan sedia ada, di samping memastikan aspek penguatkuasaan dilaksanakan secara berkesan.

“MAIWP juga akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan termasuk SPRM dalam usaha memperkukuh integriti dan keyakinan masyarakat terhadap pengurusan institusi Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN