KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara) 1966 akan dihentangkan dalam tempoh tiga minggu akan datang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun Mara diberi tempoh tiga bulan untuk menyiapkan pindaan itu, namun atas dokongan dan sokongan ia dapat disiapkan lebih awal.
Malah katanya, beliau sendiri akan membentangkan pindaan itu kepada Jemaah Menteri.
“Saya sendiri akan membentangkan (pindaan) Akta Mara yang baru ini dalam tempoh tiga minggu daripada hari ini. Saya bukan riak. Sebenarnya, (pindaan) Akta Mara telah siap sedia untuk dibentangkan.
“Ertinya kita efisien, kita bukan generasi seperti sebelum merdeka. Kita anak pasca merdeka apabila pertanggungjawaban diberikan.
“Insya-Allah kita akan buktikan dalam tempoh 40 tahun akan datang, Mara akan lebih cemerlang apabila ditubuhkan,” katanya
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Kami Gen Mara di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














