fbpx
Shafezah (dua dari kiri) dan Shazanah (dua dari kanan) menunjukkan skrol PhD yang diterima pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 di DATC UiTM Shah Alam. FOTO: SADDAM YUSOFF/KOSMO!

400km ulang-alik setiap hujung minggu demi PhD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pengorbanan seorang eksekutif kanan agensi kerajaan meredah perjalanan hampir 400 kilometer setiap hujung minggu selama lebih setahun akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan, hari ini.

Dr. Shazanah Abdul Wahab, 46, berkata, rutin ulang-alik dari Georgetown, Pulau Pinang ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menuntut komitmen tinggi terhadap pengajian bagi menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun.

Menurutnya, perjalanan itu bukan sahaja memakan masa, malah melibatkan kos perbelanjaan ribuan ringgit bagi petrol dan tol demi memastikan beliau tidak tercicir menghadiri kuliah hujung minggu.

“Selama lebih kurang setahun setengah, saya memang ulang-alik setiap hujung minggu ke Shah Alam sebab kuliah diadakan Sabtu dan Ahad.

“Bila difikirkan semula, memang banyak juga kos yang terlibat, petrol, tol dan masa. Namun semua itu berbaloi untuk capai PhD sebagai pelaburan masa depan,” ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, hari ini.

Tambah anak kedua daripada tiga beradik itu, kejayaan tersebut lebih bermakna apabila dapat berkongsi bersama adik bongsunya, Dr. Shafezah Abdul Wahab, 44, yang turut menerima Ijazah Doktor Falsafah Komunikasi Pengajian Media pada sidang sama.

Shazanah berkata, hanya mengetahui mereka akan bergraduasi bersama beberapa hari sebelum istiadat konvokesyen berlangsung.

“Kajian dan laporan dibuat saya akan digunakan bagi menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Pulau Pinang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN