fbpx

Singapura sahkan kes pertama cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes pertama cacar monyet Singapura melibatkan warga Britain sedang dirawat di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit. - TODAY

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan kes pertama wabak cacar monyet atau monkeypox selepas seorang warga Britain yang melawat negara itu disahkan positif penyakit tersebut, lapor laman Coconut News. 

Pesakit merupakan seorang pramugara sebuah syarikat penerbangan dan singgah di Singapura minggu lepas selepas pesawatnya membuat perhentian di republik tersebut.

Dia disahkan positif cacar monyet apabila mengalami simptom sakit kepala dan ruam kulit pada Isnin lalu.

Pesakit dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit.

Pengesanan kontak rapat dalam penerbangan yang dinaiki pesakit dan semasa berada di Singapura sedang dijalankan.

Penerbangan yang melibatkan lelaki itu keluar masuk dari Singapura dua kali antara 15 Jun dan 19 Jun.

Setakat semalam, 13 kenalan rapat diletakkan di dalam kuarantin selama 21 hari manakala dua kenalan berisiko rendah dipantau melalui telefon.

Dia menghabiskan sebahagian besar masanya di bilik hotel, pusat urut dan makan di tiga kedai makanan pada Khamis. 

Tiada kontak yang dinamakan tetapi semuanya sedang dikesan bagi proses saringan.

Kementerian kesihatan memaklumkan risiko penularan adalah rendah kerana penyakit itu menular melalui hubungan fizikal yang rapat atau berpanjangan.

Gejala cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, nodus limfa bengkak, menggigil, lesu dan ruam kulit.

Penularan berlaku melalui pendedahan kepada titisan pernafasan atau sentuhan fizikal secara langsung dengan darah, cecair badan atau bahan lesi daripada yang dijangkiti.

Seorang itu akan kekal dijangkiti sehingga parut pada kulit berkudis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI