fbpx

OKT mati selepas lima hari terima rawatan di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) meninggal dunia selepas lima hari menerima rawatan di Hospital Shah Alam (HSA), kelmarin.

Kematian OKT berusia 39 tahun kira-kira pukul 5.40 petang itu disahkan pegawai perubatan HSA.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan mendapati OKT itu telah ditangkap pada 20 April lalu sebelum ditahan di Lokap Berpusat Shah Alam.

Katanya, lelaki itu ditahan bagi siasatan mengikut Sekyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“OKT berkenaan cuba menggantung diri di lokap berpusat tersebut pada hari sama dan telah diselamatkan serta dihantar ke HSA untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, pegawai perubatan telah mengesahkan bahawa OKT telah meninggal dunia di hospital tersebut, kelmarin. Punca kematian belum diketahui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jels beliau, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI