fbpx
TEKNOLOGI cloud pada masa ini menyediakan akses kepada pelbagai alatan dan sumber, membolehkan pengguna melontarkan idea bagi memasarkan produk dalam masa singkat. – GAMBAR HIASAN

Era digitalisasi penting bagi majukan bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh AFIZAN AMER

KRISIS ekonomi akibat pandemik Covid-19 yang berlaku pada masa ini harus menjadi momentum untuk melakukan perubahan daripada business as a usual (BAU) menjadi lebih kukuh buat perusahaan bersaiz nano dan mikro.

Dalam keadaan normal, proses transformasi kadang-kadang memerlukan waktu lebih lama.

Hal ini kita dapat lihat dalam transformasi digital berlaku dalam sistem digitalisasi di Malaysia sebelum pandemik.

Sebelum pandemik, era digitalisasi sudah berlaku, tetapi pandemik mempercepatkan lagi proses itu.

Semua orang, baik orang tua mahupun anak muda dipaksa mengadaptasi yang bermula dalam hal seperti seminar, sekolah, bekerja dan di institusi pengajian tinggi.

Dalam situasi normal, ia tidak akan berlaku perubahan sepantas ini. Perubahan sebegini juga mungkin boleh berlaku dalam peralihan kepada tenaga hijau.

Pandemik Covid-19 merupakan masa tepat untuk melihat dimensi baharu bagi memasuki ekonomi hijau yang lebih berdaya saing.

Ia tidak mudah kerana memerlukan waktu dan proses serta harus ada komitmen perubahan dari semua pihak berkepentingan seperti kerajaan, masyarakat dan industri.

Mungkin ini merupakan titik mula masa yang baik untuk menjadi usahawan atau bekerja sendiri.

Teknologi cloud menyediakan akses kepada pelbagai alatan dan sumber, membolehkan penggunanya melontarkan idea bernas untuk memasarkan produk dalam masa singkat dan menjangkau bakal pelanggan.

Walau apa pun industri, semua orang berpeluang menggunakan tenaga, semangat dan keyakinan mereka untuk mencipta sebuah syarikat yang berdaya saing dan boleh menjadi sangat berjaya.

Proses menjadi usahawan adalah seperti peserta maraton, bukannya seperti acara pecut.

Berlari maraton, usahawan mengalami peringkat berbeza di sepanjang laluan. Setiap peringkat mewakili cabaran berbeza.

KOD kod imbasan sebahagian daripada era digitalisasi dalam bisnes.-GAMBAR HIASAN

Mungkin yang paling terkini dan sukar untuk dikesan adalah peralihan daripada syarikat permulaan berskala nano dan mikro kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ini adalah peringkat yang mana ciri kepimpinan, yang pada asalnya merupakan aset penting dan mungkin menjadi liabiliti.

Melakukan peralihan mungkin memerlukan perubahan dalam gaya kepimpinan, sudah tentu tanpa mengorbankan idealisme dan penjenamaan, atau pun mengambil peranan berbeza.

Apabila usahawan berada di peringkat ini, mereka mungkin mempunyai prototaip, selain masih mencari pasaran sesuai untuk berkembang. mereka termasuk dalam kategori permulaan.

Dalam hal ini, semangat kepimpinan dan kuasa idea bernas dapat menarik perhatian orang ramai dan memajukan lagi bisnes.
Usahawan juga memainkan pelbagai peranan dan cenderung untuk terlibat secara langsung dalam setiap aspek operasi harian.

Namun, akan tiba masanya perniagaan ini berkembang cukup besar sehingga tidak lagi boleh beroperasi pada skala nano dan mikro.

Jika sesebuah syarikat menggunakan pangkalan data pelanggan yang berpotensi dalam teknologi cloud, perniagaan mereka pasti mengalami perubahan, pada ketika itu bermakna perniagaan telah beralih kepada PKS.

Dalam pada itu, sudah tiba masanya untuk membangunkan sesuatu bagi mengimbangi semangat dalam fasa permulaan perkembangan dalam perniagaan yang diceburi.

Justeru, pemimpin perlu mengenali kelemahan syarikat sebelum menjadi terlalu besar dan bersedia untuk membuat beberapa keputusan sukar.

Dalam fasa ini, teknologi boleh membantu perniagaan dan mengekalkan budaya yang optimis dan berkesan.

Oleh kerana pemimpin tidak dapat berkomunikasi dengan pekerja secara terus sepanjang masa, mereka boleh menggunakan saluran online bagi mengekalkan talian komunikasi sesama kakitangan.

Mesyuarat melalui persidangan video yang membolehkan pekerja di tempat yang berbeza kekal hadir boleh mengekalkan kesepaduan dalam syarikat.

Ini banyak dibantu menjadi kebiasaan semasa pandemik tempoh hari.

Lebih penting lagi, peralihan ini adalah masa sesuai pemimpin perlu mengiktiraf kelemahan mereka sendiri.

Pengurusan syarikat juga perlu menambah bilangan kakitangan yang bijak dan berpengalaman daripada pasukan sedia bagi melancarkan pengembangan bisnes.

Sebenarnya, membuat keputusan tepat, menggunakan teknologi yang betul, dan mengakui batasan kemampuan kepemimpinan dapat menghasilkan budaya dan syarikat yang boleh berjaya untuk jangka masa panjang.

————————————————————————————————————————————————————————
AFIZAN AMER merupakan Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau,Universiti Teknologi Mara Negeri Sembilan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN