fbpx

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia pada hantaran Facebook memaklumkan, ia melibatkan negeri, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

“Di Selangor, ia melibatkan kawasan  Kuala Langat dan Sepang), manakala bagi Negeri Sembilan pula ia membabitkan daerah Port Dickson dan Rembau.

“Bagi Johor pula ia melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,”ujar MetMalaysia.

Jelas MetMalaysia, amaran cuaca sama turut dikeluarkan untuk keseluruhan kawasan di Melaka, Putrajaya serta Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI